Sabtu, 12 Oktober 2013

Pengalaman berada di negara matahari terbit.

Assalammualaikum to all my bloggers. Konnichiwa!!! Hehe..maksudnya dalam bahasa Jepun adalah apa khabar. Nampaknya dah lama Eman tak update pasal blog Eman ni. Dah bersawang dah pun..hehe.. Firstly, Eman nak memohon kesyukuran terhadap Illahi kerana tanpa izinnya, Eman takkan dapat menjejakkan kaki ini ke negara Jepun.

 Dengan masa yang terbatas ni, Eman akan ceritakan serba sedikit mengenai negara Jepun ini berdasarkan pengalaman Eman sepanjang Eman berada di sini bermula pada tarikh 24 Ogos 2013 hinggalah pada 2 November 2013. Pada pendapat Eman, negara Jepun adalah sebuah negara yang maju dari segi teknologi di samping dengan itu kaya dengan budaya hormat-menghormati dan penuh dengan sikap sopan-santun. Eman kat sini entah berapa ratus ribu kali Eman tunduk hormat dengan orang Jepun setiap kali Eman berselisih dengan orang Jepun. Diorang ni akan meminta maaf sekiranya telah melakukan kesalahan, tanpa mempunyai sifat ego walaupun sedikit. Nampaknya, setakat itu sahaja coretan Eman kali ni. Insyaallah. Eman akan update lagi perkembangan terbaru Eman kat Jepun ni. Sebelum tu, Eman ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha khasnya buat keluarga Eman. Eman ingin memohon maaf dengan anda semua seandainya Eman pernah terkasar bahasa, Eman minta maaf banyak-banyak bermula daripada hujung rambut sampailah ke hujung kaki ni dan halalkan makan minum Eman. Jangan lupa pergi menziarah ke rumah saudara-mara kita. Assalammualaikum (^_^)
Kolam air panas yang dipanggil "neraka".

Isnin, 6 Ogos 2012

Mimpi jadi Executive Automotive


Assalammualaikum semua..to all bloggers, eman harap kli ni kowg suma chat walafiat seadanya. Eman nak cita cket ni. Smlmkan eman mimpi yg eman ni jd Executive Automotive. Waaaa..cam ta caye lar, pakai tie siap ngn kot hitam lg tu. Harap2 mimpi eman tu jd kenyataan lar ea. Amin. Kowang suma doa2kan lar kat eman ni ea moga mimpi eman tu jd kenyataan. Kita skg ni dh masuk fasa pertengahan bulan puasa, so tingkatkan lagi amalan ibadah kita ni. Knapa? Sbb, rugi lar klu kita x berebut pahala dlm bulan puasa ni. Kan3??? Ingat ea kengkawan, Ramadhan staun sekali je tw. Selamat berpuasa. Bye. (^_^)

Isnin, 30 Julai 2012

Baru lepas jumpa doktor


Assalammualaikum semua kengkawan..untuk pengetahuan korang sy ni baru je lepas jumpa doktor tadi. Doktor cakap tadi suhu badan sy 38 darjah celsius. Mmg demam lar kan. Standard suhu badan manusia ni 37 drjah clsius je. So, doktor bagi lar ubat. Antaranya ubat batuk, ubat selsema, ubat demam, ngn ubat antibiotik. Dalam dua tiga ari ni terpaksalar rest kat umah. Hai dah nasib badan, nk wat cam mane kan? Tuhan nak uji kite. Setiap kejadian yg berlaku ada hikmahnya. Jadi redha lar ngan ketentuan takdir Ilahi. Semoga korang suma sentiasa dalam keadaan sihat walafiat. Bye (^_^)

Sakit kepala

Assalammualaikum semua... Macam mana ngan puasa hari ni?? Ok x? hehe..sabar ea, jap je lagi kite nak berbuka dah. Dua tiga ari ni ptotla sy ase badan ni cam x sedap je, rupa2nya nak demam. So, memang betol lar sy demam ari ni. Badan panas je. Untuk kengkawan suma, sy nak nasihatkan jagalah kesihatan anda suma ea. Selamat Berbuka Puasa (^_^)

Selasa, 24 Julai 2012

Aku Keliru

Assalammualaikum. Di sini, saya nak luahkan apa yang terpendam semenjak dua hari ni. Apa perasaan korang kalau korang tegur orang tu, pastu orang tu buat tak taw je. Mesti korang ase kecik ati kan. Sama lar cam saya ni. Saya tak taw apa salah saya kat orang tu. Dah banyak cara dah saya buat demi nak taw sebab apa owang tu tak nak tegur saya balik. Saya confused. 

Rabu, 18 Julai 2012

  Assalammualaikum semua, saya harap anda semua sihat walafiat seadanya. Hari ni 29 Syaaban bersamaan 19 Julai 2012. Esok lusa kita dah nak sambut bulan Ramadhan Al-Mubarak. Kita dah buat persiapan ke nak menyambut bulan yg mulia ni? Haa..kepada sesiapa yg belum lagi ganti puasa tu cepat2 la ganti ea. Belum terlambat lagi. Saya harap Ramadhan yg akan tiba x lama lagi ni akan memberikan seribu satu rahmat kepada kita. Semoga Ramadhan kali ni akan menjadi Ramadhan yg lebih baik daripada Ramadhan sebelum ni.   ^_^

Khamis, 12 Julai 2012

10 Jenis Solat

10 Jenis Solat

10 Jenis sembahyang Yang tidak diterima Allah S.W.T 

"Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya". Rasulullah s.a.w juga telah bersabda yang bermaksud : " 10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT ialah :


1. Orang lelaki yang solat sendiri tanpa membaca sesuatu 

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat 

3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat) 

4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum  
    membencinya 

5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin ibu bapanya 

6. Orang perempuan yang suaminya marah / menegur kepadanya lalu si isteri  
    memberontak 

7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya 

8. Orang perempuan yang tidak menutup aurat 

9. Orang yang suka makan riba 

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan  
      yang keji dan mungkar



Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Barang siapa yang solatnya tidak dapat menahan daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemungkaran Allah SWT dan jauh dari Allah SWT."