Assalammualaikum semua..to all bloggers, eman harap kli ni kowg suma chat walafiat seadanya. Eman nak cita cket ni. Smlmkan eman mimpi yg eman ni jd Executive Automotive. Waaaa..cam ta caye lar, pakai tie siap ngn kot hitam lg tu. Harap2 mimpi eman tu jd kenyataan lar ea. Amin. Kowang suma doa2kan lar kat eman ni ea moga mimpi eman tu jd kenyataan. Kita skg ni dh masuk fasa pertengahan bulan puasa, so tingkatkan lagi amalan ibadah kita ni. Knapa? Sbb, rugi lar klu kita x berebut pahala dlm bulan puasa ni. Kan3??? Ingat ea kengkawan, Ramadhan staun sekali je tw. Selamat berpuasa. Bye. (^_^)
Isnin, 6 Ogos 2012
Isnin, 30 Julai 2012
Baru lepas jumpa doktor
Assalammualaikum semua kengkawan..untuk pengetahuan korang sy ni baru je lepas jumpa doktor tadi. Doktor cakap tadi suhu badan sy 38 darjah celsius. Mmg demam lar kan. Standard suhu badan manusia ni 37 drjah clsius je. So, doktor bagi lar ubat. Antaranya ubat batuk, ubat selsema, ubat demam, ngn ubat antibiotik. Dalam dua tiga ari ni terpaksalar rest kat umah. Hai dah nasib badan, nk wat cam mane kan? Tuhan nak uji kite. Setiap kejadian yg berlaku ada hikmahnya. Jadi redha lar ngan ketentuan takdir Ilahi. Semoga korang suma sentiasa dalam keadaan sihat walafiat. Bye (^_^)
Sakit kepala
Assalammualaikum semua... Macam mana ngan puasa hari ni?? Ok x? hehe..sabar ea, jap je lagi kite nak berbuka dah. Dua tiga ari ni ptotla sy ase badan ni cam x sedap je, rupa2nya nak demam. So, memang betol lar sy demam ari ni. Badan panas je. Untuk kengkawan suma, sy nak nasihatkan jagalah kesihatan anda suma ea. Selamat Berbuka Puasa (^_^)
Selasa, 24 Julai 2012
Aku Keliru
Assalammualaikum. Di sini, saya nak luahkan apa yang terpendam semenjak dua hari ni. Apa perasaan korang kalau korang tegur orang tu, pastu orang tu buat tak taw je. Mesti korang ase kecik ati kan. Sama lar cam saya ni. Saya tak taw apa salah saya kat orang tu. Dah banyak cara dah saya buat demi nak taw sebab apa owang tu tak nak tegur saya balik. Saya confused.
Rabu, 18 Julai 2012
Assalammualaikum semua, saya harap anda semua sihat walafiat seadanya. Hari ni 29 Syaaban bersamaan 19 Julai 2012. Esok lusa kita dah nak sambut bulan Ramadhan Al-Mubarak. Kita dah buat persiapan ke nak menyambut bulan yg mulia ni? Haa..kepada sesiapa yg belum lagi ganti puasa tu cepat2 la ganti ea. Belum terlambat lagi. Saya harap Ramadhan yg akan tiba x lama lagi ni akan memberikan seribu satu rahmat kepada kita. Semoga Ramadhan kali ni akan menjadi Ramadhan yg lebih baik daripada Ramadhan sebelum ni. ^_^
Khamis, 12 Julai 2012
10 Jenis Solat
10 Jenis Solat
10 Jenis sembahyang Yang tidak diterima Allah
S.W.T
"Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat,
maka solat itu petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak
memelihara solat maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan juga
tidak menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya". Rasulullah s.a.w juga
telah bersabda yang bermaksud : " 10 orang yang solatnya tidak diterima
oleh Allah SWT ialah :
1. Orang lelaki yang solat sendiri tanpa
membaca sesuatu
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat
3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat)
4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum
membencinya
5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin ibu bapanya
6. Orang perempuan yang suaminya marah / menegur kepadanya lalu si isteri
memberontak
7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya
8. Orang perempuan yang tidak menutup aurat
9. Orang yang suka makan riba
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan
yang
keji dan mungkar
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
"Barang siapa yang solatnya tidak dapat menahan daripada melakukan
perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan
kemungkaran Allah SWT dan jauh dari Allah SWT."
Assalammualaikum semua, pejam celik pejam celik skang ni dh bulan Syaaban. Kejap je kan. Minggu depan kita akan menyambut bulan Ramadhan. Jadikan Ramadhan tahun ini lebih baik drpd Ramadhan tahun lepas. Kita x tw sempat ke x nk menyambut bulan Ramadhan tahun ni, So, berdoa lar supaya kita sempat menunaikan Ramadhan tahun ni. Amin Yarobbal Alamin.
8 Perkara 8 Amalan
8 Perkara 8 amalan
Seorang sahabat berkata :
Siapa yang tidak sanggup
mengerjakan yang lapan, maka hendalah dia berbuat lapan jenis perkara bagi
mencapai pahala yang lapan :-
1) Siapa yang hendak pahala
sembahyang malam sedangkan dia tertidur maka jangan
melakukan maksiat pada
siang harinya.
2) Siapa yang hendak pahala puasa
sunat, maka hendaklah dia menjaga lidahnya.
3) Siapa yang hendak kelebihan
ulamak, maka hendaklah dia suka berfikir yang baik.
4) Siapa yang hendak pahala jihad
maka hendaklah dia duduk dirumahnya.
5) Siapa yang ingin pahala sedekah
sedangkan dia tiada harta hendaklah dia mengajar ilmu
agama yang telah
didengari.
6) Siapa yang hendak pahala haji
sedangkan dia tiada kemampuan maka hendaklah dia
mengerjakan sembahyang jemaah.
7) Siapa yang hendak mencapai
fadhilat orang beribadat maka jauhilah persengketaan dan
jangan sesekali menimbulkan
sengketa.
8) Siapa yang hendak pahala orang
orang abdaal maka hendaklah beliau redha dengan apa
yang menimpa dirinya.
Mudah-mudahan mendapat manfaat
Kenali hati
budi lelaki
Dalam persahabatan, segelintir pendapat mengatakan bergaul dengan lelaki
sebenarnya lebih mudah berbanding bersahabat dengan golongan Hawa. Mungkin
kerana lelaki itu sifatnya mudah bertolak ansur, lebih telus dalam persahabatan
atau lebih berterus-terang dan tidak menyimpan perasaan terhadap sesuatu
perkara.
Namun dalam soal cinta dan perhubungan
serius yang menyangkut soal hati, bagaimana? Seperti kata ahli sosial, jika
anda pandai menelusuri hati lelaki, sebenarnya jalan menuju kebahagiaan lebih
mudah. Jika anda ingin mencari cinta sejati, anda sendiri harus mengenali hati
dan keperibadian mereka supaya hubungan itu lebih mudah.
Berikut diperturunkan 14 perkara yang bersangkutan dengan
golongan Adam supaya anda lebih peka mengenai beberapa perkara mengenali
mereka. Jika ia sesuai dijadikan panduan, terimalah ia dengan hati terbuka.
Jika sebaliknya, anggaplah ia sebagai pengisi bahan bacaan
anda di masa terluang.
1. Jika anda bertanya lelaki : "Adakah awak cintakan
saya?" selepas setahun perhubungan, mereka akan menjawab "Ya, saya
cintakan awak". Tetapi hakikatnya, mereka masih ada beberapa jawapan lain
untuk soalan itu seperti A. "Ya, rasa-rasanyalah" B. "Mestikah
saya berkata begitu supaya anda rasa senang hati?" C. "Bergantunglah
apa maksud cinta pada pandangan awak" D. "Penting sangatkah?"
dan E. "Siapa, saya?"
2. Anda tidak perlu meminta pendapat jujur mengenai diri
anda dan anda tidak payah minta dia memberi pujian anda kekasihnya atau gadis
paling menarik di dunia ini. Ini kerana apabila terlihat perempuan cantik di
hadapannya, dia mungkin merenung hingga terbeliak biji mata.
3. Ada sesetengah lelaki tidak suka aturan hidupnya
dirancang kerana baginya, biarlah takdir yang menentukan. Keadaan jadi lebih teruk
jika pasangan cuba merancang segala tindakannya. Jika lelaki pilihan anda tidak
gemar kehidupannya ditentukan, kaji dulu tabiatnya sebelum anda mengutarakan
sebarang cadangan.
4. Lelaki tidak suka dipaksa atau diubah.
5. Lelaki yang gemar merokok pasti mendapatkan habuannya
sebatang dua setiap kali selepas makan.
6. Setiap kali anda marah atau naik angin dengan si dia,
dalam fikirannya lebih cenderung memikirkan: "Oh, dia ini pasti datang
bulan." sedangkan lelaki tidak sedar dirinya dimarahi
kerana perangai atau tingkah lakunya sendiri yang menyakitkan hati.
7. Lelaki tidak berapa suka membincangkan isu pertengkaran
dengan pasangannya. Jika dia mahu duduk berbincang, ia hanya sebentar dan
dengan segera mahu menutup perbincangan. Beberapa hari berikutnya, dia akan
buat-buat lupa.
8. Ada dua perkara yang boleh membuat lelaki tertekan
iaitu duit, dan kuasa.
9. Jangan buat lawak bodoh mengenai lelaki di hadapan
kawan atau keluarganya. Ada lelaki cepat tersinggung dan menganggap ia satu
penghinaan besar malah mungkin satu percubaan mensabotaj nama baiknya.
10. Lelaki cuma suka lafazkan 'I love you' pada peringkat
awal perhubungan. Apabila perhubungan sudah menjadi semakin intim lelaki lupa
untuk mengucapkannya semula sehingga wanita yang terpaksa memberi 10,000 jenis
isyarat supaya dia tidak lupa dia masih dan perlu mencintai si wanita.
11. Lelaki suka jika pasangannya bergaya cantik, popular
dan menarik perhatian waktu berjalan bersama. Tetapi jika ada lelaki lain yang
tertarik dengan teman wanitanya, dia akan menyalahkan wanita dulu kerana
katanya "Awak yang kuat melayan".
12. Jangan kritik muzik, kereta, pasukan bola, motosikal,
topi keledar atau apa saja yang menjadi kegemaran mereka.
13. Jangan kritik cara mereka berpakaian, menyapu gel
rambut atau menyikat rambut.
Langgan:
Catatan (Atom)








