Isnin, 30 Julai 2012

Baru lepas jumpa doktor


Assalammualaikum semua kengkawan..untuk pengetahuan korang sy ni baru je lepas jumpa doktor tadi. Doktor cakap tadi suhu badan sy 38 darjah celsius. Mmg demam lar kan. Standard suhu badan manusia ni 37 drjah clsius je. So, doktor bagi lar ubat. Antaranya ubat batuk, ubat selsema, ubat demam, ngn ubat antibiotik. Dalam dua tiga ari ni terpaksalar rest kat umah. Hai dah nasib badan, nk wat cam mane kan? Tuhan nak uji kite. Setiap kejadian yg berlaku ada hikmahnya. Jadi redha lar ngan ketentuan takdir Ilahi. Semoga korang suma sentiasa dalam keadaan sihat walafiat. Bye (^_^)

Sakit kepala

Assalammualaikum semua... Macam mana ngan puasa hari ni?? Ok x? hehe..sabar ea, jap je lagi kite nak berbuka dah. Dua tiga ari ni ptotla sy ase badan ni cam x sedap je, rupa2nya nak demam. So, memang betol lar sy demam ari ni. Badan panas je. Untuk kengkawan suma, sy nak nasihatkan jagalah kesihatan anda suma ea. Selamat Berbuka Puasa (^_^)

Selasa, 24 Julai 2012

Aku Keliru

Assalammualaikum. Di sini, saya nak luahkan apa yang terpendam semenjak dua hari ni. Apa perasaan korang kalau korang tegur orang tu, pastu orang tu buat tak taw je. Mesti korang ase kecik ati kan. Sama lar cam saya ni. Saya tak taw apa salah saya kat orang tu. Dah banyak cara dah saya buat demi nak taw sebab apa owang tu tak nak tegur saya balik. Saya confused. 

Rabu, 18 Julai 2012

  Assalammualaikum semua, saya harap anda semua sihat walafiat seadanya. Hari ni 29 Syaaban bersamaan 19 Julai 2012. Esok lusa kita dah nak sambut bulan Ramadhan Al-Mubarak. Kita dah buat persiapan ke nak menyambut bulan yg mulia ni? Haa..kepada sesiapa yg belum lagi ganti puasa tu cepat2 la ganti ea. Belum terlambat lagi. Saya harap Ramadhan yg akan tiba x lama lagi ni akan memberikan seribu satu rahmat kepada kita. Semoga Ramadhan kali ni akan menjadi Ramadhan yg lebih baik daripada Ramadhan sebelum ni.   ^_^

Khamis, 12 Julai 2012

10 Jenis Solat

10 Jenis Solat

10 Jenis sembahyang Yang tidak diterima Allah S.W.T 

"Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya". Rasulullah s.a.w juga telah bersabda yang bermaksud : " 10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT ialah :


1. Orang lelaki yang solat sendiri tanpa membaca sesuatu 

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat 

3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat) 

4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum  
    membencinya 

5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin ibu bapanya 

6. Orang perempuan yang suaminya marah / menegur kepadanya lalu si isteri  
    memberontak 

7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya 

8. Orang perempuan yang tidak menutup aurat 

9. Orang yang suka makan riba 

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan  
      yang keji dan mungkar



Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Barang siapa yang solatnya tidak dapat menahan daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemungkaran Allah SWT dan jauh dari Allah SWT."

  Assalammualaikum semua, pejam celik pejam celik skang ni dh bulan Syaaban. Kejap je kan. Minggu depan kita akan menyambut bulan Ramadhan. Jadikan Ramadhan tahun ini lebih baik drpd Ramadhan tahun lepas. Kita x tw sempat ke x nk menyambut bulan Ramadhan tahun ni, So, berdoa lar supaya kita sempat menunaikan Ramadhan tahun ni. Amin Yarobbal Alamin.

8 Perkara 8 Amalan


8 Perkara 8 amalan

  Seorang sahabat berkata :
Siapa yang tidak sanggup mengerjakan yang lapan, maka hendalah dia berbuat lapan jenis perkara bagi mencapai pahala yang lapan :-
1) Siapa yang hendak pahala sembahyang malam sedangkan dia tertidur maka jangan  
     melakukan maksiat pada siang harinya.
2) Siapa yang hendak pahala puasa sunat, maka hendaklah dia menjaga lidahnya.
3) Siapa yang hendak kelebihan ulamak, maka hendaklah dia suka berfikir yang baik.
4) Siapa yang hendak pahala jihad maka hendaklah dia duduk dirumahnya.
5) Siapa yang ingin pahala sedekah sedangkan dia tiada harta hendaklah dia mengajar ilmu  
     agama yang telah didengari.
6) Siapa yang hendak pahala haji sedangkan dia tiada kemampuan maka hendaklah dia  
     mengerjakan sembahyang jemaah.
7) Siapa yang hendak mencapai fadhilat orang beribadat maka jauhilah persengketaan dan  
     jangan sesekali menimbulkan sengketa.
8) Siapa yang hendak pahala orang orang abdaal maka hendaklah beliau redha dengan apa  
      yang menimpa dirinya.
                                        
Mudah-mudahan mendapat manfaat
                  


Kenali hati budi lelaki



  Dalam persahabatan, segelintir pendapat mengatakan bergaul dengan lelaki sebenarnya lebih mudah berbanding bersahabat dengan golongan Hawa. Mungkin kerana lelaki itu sifatnya mudah bertolak ansur, lebih telus dalam persahabatan atau lebih berterus-terang dan tidak menyimpan perasaan terhadap sesuatu perkara. 

 Namun dalam soal cinta dan perhubungan serius yang menyangkut soal hati, bagaimana? Seperti kata ahli sosial, jika anda pandai menelusuri hati lelaki, sebenarnya jalan menuju kebahagiaan lebih mudah. Jika anda ingin mencari cinta sejati, anda sendiri harus mengenali hati dan keperibadian mereka supaya hubungan itu lebih mudah.
Berikut diperturunkan 14 perkara yang bersangkutan dengan golongan Adam supaya anda lebih peka mengenai beberapa perkara mengenali mereka. Jika ia sesuai dijadikan panduan, terimalah ia dengan hati terbuka. 

Jika sebaliknya, anggaplah ia sebagai pengisi bahan bacaan anda di masa terluang. 

1. Jika anda bertanya lelaki : "Adakah awak cintakan saya?" selepas setahun perhubungan, mereka akan menjawab "Ya, saya cintakan awak". Tetapi hakikatnya, mereka masih ada beberapa jawapan lain untuk soalan itu seperti A. "Ya, rasa-rasanyalah" B. "Mestikah saya berkata begitu supaya anda rasa senang hati?" C. "Bergantunglah apa maksud cinta pada pandangan awak" D. "Penting sangatkah?" dan E. "Siapa, saya?" 

2. Anda tidak perlu meminta pendapat jujur mengenai diri anda dan anda tidak payah minta dia memberi pujian anda kekasihnya atau gadis paling menarik di dunia ini. Ini kerana apabila terlihat perempuan cantik di hadapannya, dia mungkin merenung hingga terbeliak biji mata. 

3. Ada sesetengah lelaki tidak suka aturan hidupnya dirancang kerana baginya, biarlah takdir yang menentukan. Keadaan jadi lebih teruk jika pasangan cuba merancang segala tindakannya. Jika lelaki pilihan anda tidak gemar kehidupannya ditentukan, kaji dulu tabiatnya sebelum anda mengutarakan sebarang cadangan. 

4. Lelaki tidak suka dipaksa atau diubah. 

5. Lelaki yang gemar merokok pasti mendapatkan habuannya sebatang dua setiap kali selepas makan. 

6. Setiap kali anda marah atau naik angin dengan si dia, dalam fikirannya lebih cenderung memikirkan: "Oh, dia ini pasti datang bulan." sedangkan lelaki tidak  sedar dirinya dimarahi kerana perangai atau tingkah lakunya sendiri yang menyakitkan hati. 




7. Lelaki tidak berapa suka membincangkan isu pertengkaran dengan pasangannya. Jika dia mahu duduk berbincang, ia hanya sebentar dan dengan segera mahu menutup perbincangan. Beberapa hari berikutnya, dia akan buat-buat lupa. 

8. Ada dua perkara yang boleh membuat lelaki tertekan iaitu duit, dan kuasa. 

9. Jangan buat lawak bodoh mengenai lelaki di hadapan kawan atau keluarganya. Ada lelaki cepat tersinggung dan menganggap ia satu penghinaan besar malah mungkin satu percubaan mensabotaj nama baiknya. 

10. Lelaki cuma suka lafazkan 'I love you' pada peringkat awal perhubungan. Apabila perhubungan sudah menjadi semakin intim lelaki lupa untuk mengucapkannya semula sehingga wanita yang terpaksa memberi 10,000 jenis isyarat supaya dia tidak lupa dia masih dan perlu mencintai si wanita. 

11. Lelaki suka jika pasangannya bergaya cantik, popular dan menarik perhatian waktu berjalan bersama. Tetapi jika ada lelaki lain yang tertarik dengan teman wanitanya, dia akan menyalahkan wanita dulu kerana katanya "Awak yang kuat melayan". 

12. Jangan kritik muzik, kereta, pasukan bola, motosikal, topi keledar atau apa saja yang menjadi kegemaran mereka. 

13. Jangan kritik cara mereka berpakaian, menyapu gel rambut atau menyikat rambut. 

Tambah kapsyen
14. Lelaki tidak suka diberikan tekanan pada fasa awal perhubungan. Jika dia melarikan diri apabila terserempak dengan keluarga atau sahabat handai anda, maafkanlah dia kerana dia sebenarnya masih belum yakin sepenuhnya.