Kenali hati
budi lelaki
Dalam persahabatan, segelintir pendapat mengatakan bergaul dengan lelaki
sebenarnya lebih mudah berbanding bersahabat dengan golongan Hawa. Mungkin
kerana lelaki itu sifatnya mudah bertolak ansur, lebih telus dalam persahabatan
atau lebih berterus-terang dan tidak menyimpan perasaan terhadap sesuatu
perkara.
Namun dalam soal cinta dan perhubungan
serius yang menyangkut soal hati, bagaimana? Seperti kata ahli sosial, jika
anda pandai menelusuri hati lelaki, sebenarnya jalan menuju kebahagiaan lebih
mudah. Jika anda ingin mencari cinta sejati, anda sendiri harus mengenali hati
dan keperibadian mereka supaya hubungan itu lebih mudah.
Berikut diperturunkan 14 perkara yang bersangkutan dengan
golongan Adam supaya anda lebih peka mengenai beberapa perkara mengenali
mereka. Jika ia sesuai dijadikan panduan, terimalah ia dengan hati terbuka.
Jika sebaliknya, anggaplah ia sebagai pengisi bahan bacaan
anda di masa terluang.
1. Jika anda bertanya lelaki : "Adakah awak cintakan
saya?" selepas setahun perhubungan, mereka akan menjawab "Ya, saya
cintakan awak". Tetapi hakikatnya, mereka masih ada beberapa jawapan lain
untuk soalan itu seperti A. "Ya, rasa-rasanyalah" B. "Mestikah
saya berkata begitu supaya anda rasa senang hati?" C. "Bergantunglah
apa maksud cinta pada pandangan awak" D. "Penting sangatkah?"
dan E. "Siapa, saya?"
2. Anda tidak perlu meminta pendapat jujur mengenai diri
anda dan anda tidak payah minta dia memberi pujian anda kekasihnya atau gadis
paling menarik di dunia ini. Ini kerana apabila terlihat perempuan cantik di
hadapannya, dia mungkin merenung hingga terbeliak biji mata.
3. Ada sesetengah lelaki tidak suka aturan hidupnya
dirancang kerana baginya, biarlah takdir yang menentukan. Keadaan jadi lebih teruk
jika pasangan cuba merancang segala tindakannya. Jika lelaki pilihan anda tidak
gemar kehidupannya ditentukan, kaji dulu tabiatnya sebelum anda mengutarakan
sebarang cadangan.
4. Lelaki tidak suka dipaksa atau diubah.
5. Lelaki yang gemar merokok pasti mendapatkan habuannya
sebatang dua setiap kali selepas makan.
6. Setiap kali anda marah atau naik angin dengan si dia,
dalam fikirannya lebih cenderung memikirkan: "Oh, dia ini pasti datang
bulan." sedangkan lelaki tidak sedar dirinya dimarahi
kerana perangai atau tingkah lakunya sendiri yang menyakitkan hati.
7. Lelaki tidak berapa suka membincangkan isu pertengkaran
dengan pasangannya. Jika dia mahu duduk berbincang, ia hanya sebentar dan
dengan segera mahu menutup perbincangan. Beberapa hari berikutnya, dia akan
buat-buat lupa.
8. Ada dua perkara yang boleh membuat lelaki tertekan
iaitu duit, dan kuasa.
9. Jangan buat lawak bodoh mengenai lelaki di hadapan
kawan atau keluarganya. Ada lelaki cepat tersinggung dan menganggap ia satu
penghinaan besar malah mungkin satu percubaan mensabotaj nama baiknya.
10. Lelaki cuma suka lafazkan 'I love you' pada peringkat
awal perhubungan. Apabila perhubungan sudah menjadi semakin intim lelaki lupa
untuk mengucapkannya semula sehingga wanita yang terpaksa memberi 10,000 jenis
isyarat supaya dia tidak lupa dia masih dan perlu mencintai si wanita.
11. Lelaki suka jika pasangannya bergaya cantik, popular
dan menarik perhatian waktu berjalan bersama. Tetapi jika ada lelaki lain yang
tertarik dengan teman wanitanya, dia akan menyalahkan wanita dulu kerana
katanya "Awak yang kuat melayan".
12. Jangan kritik muzik, kereta, pasukan bola, motosikal,
topi keledar atau apa saja yang menjadi kegemaran mereka.
13. Jangan kritik cara mereka berpakaian, menyapu gel
rambut atau menyikat rambut.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan