Khamis, 12 Julai 2012

8 Perkara 8 Amalan


8 Perkara 8 amalan

  Seorang sahabat berkata :
Siapa yang tidak sanggup mengerjakan yang lapan, maka hendalah dia berbuat lapan jenis perkara bagi mencapai pahala yang lapan :-
1) Siapa yang hendak pahala sembahyang malam sedangkan dia tertidur maka jangan  
     melakukan maksiat pada siang harinya.
2) Siapa yang hendak pahala puasa sunat, maka hendaklah dia menjaga lidahnya.
3) Siapa yang hendak kelebihan ulamak, maka hendaklah dia suka berfikir yang baik.
4) Siapa yang hendak pahala jihad maka hendaklah dia duduk dirumahnya.
5) Siapa yang ingin pahala sedekah sedangkan dia tiada harta hendaklah dia mengajar ilmu  
     agama yang telah didengari.
6) Siapa yang hendak pahala haji sedangkan dia tiada kemampuan maka hendaklah dia  
     mengerjakan sembahyang jemaah.
7) Siapa yang hendak mencapai fadhilat orang beribadat maka jauhilah persengketaan dan  
     jangan sesekali menimbulkan sengketa.
8) Siapa yang hendak pahala orang orang abdaal maka hendaklah beliau redha dengan apa  
      yang menimpa dirinya.
                                        
Mudah-mudahan mendapat manfaat
                  

1 ulasan:

  1. Assalammualaikum semua, bulan Ramadhan Al-Mubarak akan menjelang x lama lg. Dh wat persiapan ke untuk menyambut bulan yg mulia ni. Hehe, pape pon Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

    BalasPadam